Saturday, January 29, 2011

Rahsia RUMAHTANGGA BIASA dengan RUMAHTANGGA LUAR BIASA

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam sejahtera buat semua pembaca blog ini...Kali ini Ida nak menulis bagaimana nak menjadikan sebuah rumahtangga itu bagaikan syurga...Faktor utama yang mencorak keluarga atau rumahtangga ISLAM ialah Suami dan Isteri. Ke-Redhaan Allah adalah matlamat utama dan ini dapat di capai apabila rumahtangga itu dibina atas Taqwa yg kukuh..Itulah yang membezakan RUMAHTANGGA BIASA dengan RUMAHTANGGA LUAR BIASA..

Biasanya Suami...Kalau baik pun, setakat menjaga makan & minum keluarga sahaja.Tanggungjawab terutama dalam soal memberi ilmu dan didikan agama terabai.

Suami Luar Biasa...Ahli keluarganya sangat dijaga keperluan hidup lebih-lebih lagi tanggungjawab dalam memberi ilmu dan didikan agama sangat diutamakan.

Biasanya Suami...Mudah melenting apabila isteri atau anak membuat  salah. Ataupun ada  juga suami yang biarkan sahaja anggota keluarganya berbuat sesuka hati tidak kira betul atau salah.

Suami Luar Biasa...Apabila isteri atau anak-anak  buat salah, diberinya tunjuk ajar untuk membetulkan kesalahan itu. Dia tahu mereka buat salah kerana kecetekan Ilmu, kurang bimbingan, terleka atau kerana dorongan nafsu.

Biasanya Suami...Menyerahkan bulat-bulat tugasan mengurus rumah kepada isteri meskipun dia tahu isterinya penat kerana turut bekerja. Baginya kerja rumah itu kerja orang perempuan.

Suami Luar Biasa...Sentiasa memberi dorongan terhadap isteri dalam urusan rumahtangga, karier dan anak2 utk mengajar keredhaan Allah. Menyelesaikan  urusan rumahtangga adalah satu kerja yg sangat besar bagi seorang ibu demi utk melahirkan pemimpin2 negara yang takut & cinta Allah.

Biasanya Suami...Suka memandang perempuan lain di tempat kerja atau di luar rumah. Sebab itu banyak kes2 suami main  kayu tiga. Porak-peranda rumahtangga jadinya

Suami Luar Biasa...Berpegang pada larangan Allah supaya tidak memandang wanita lain. yakni tidak memandang secara lahiriah atau memberi perhatian dan perasaan terhadap wanita lain. Maka hati suami tertumpah pada isterinya sahaja. Baru aman rumahtangga.

Jadi renung-renungkan & fikir-fikirkan....wasalam

Thursday, January 27, 2011

Apabila Bayi di Lahirkan...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Ingin berkongsi kiriman email seorang teman

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia... 



Dia bertanya kepada Tuhan : ' Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?'

Dan Tuhan menjawab: 'Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu '

Bayi bertanya lagi: 'Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.'

'Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia'

'Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?'

'Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara.'
'Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?'

'Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa'

'Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?

'Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya'

'Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi'

'Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu'

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan

'Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut?'

'Kamu akan memanggil malaikatmu itu: 'IBU ' 



Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat...

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu...
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : 

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan

2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu

3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam 

4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.

~Puteri Ayu~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....

Hye semua, lame x update kat blog nie...haaa jgn salah paham dengan tajuk kali ni bukan nak cerita pasal Puteri @ seseorang yg Ayu...tapi Ida nak berkongsi resepi Kuih/Apam Puteri Ayu...pernah korang semua makan kuih nie...? hmmm Ida & famili memang suka ngan kuih nie...
Haa ini laaa ghopernya Kuih Puteri Ayu

Ok..dah kenal...so meh kita teruskan ngan bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum (nak hasil lebih cantik leh guna tepung super fine/super white)
3 biji telur (telur ayam tau)
1/2 @ 1 cawan susu segar (leh ganti ngan santan-lagi lemak)
1 1/2  cawan gula  (kalau yg suka manis leh laa tambah lagi 1/2 cawan-tapi x yah nnt dpt kencing manis)
1 sudu teh Baking Powder-Double Action (leh dptkan kat kedai jual bhn2 kek)
1 sudu teh ovelet (yg nie pun sama leh dptkan kat kedai jual bhn2 buat kek)
1 sudu teh esen pandan
pewarna hijau 
1 biji kelapa parut (putih)
*p/s: kalau kat umah korang ade tanam pandan amik 2-3 helai daun pandan blend then tapis...dah dpt natural kaler ijau n esen pandan...
sedikit minyak masak (utk sapu kat acuan supaya kuih x melekat)

haa..ini plak sebahagian daripada bahan2 tadi - yg kaler oren tuu laa ovelet (utk bagi gebu)

dah ada bahan2 nya...ok sekarang kita ke cara2 nak sediakan kuih nie...Ooppss..sebelum lupa...nak buat kuih nie kena ada acuannya...kat bawah nie bentuk acuannya...

Sekarang baru cerita cara-caranya:
1) Pukul telur & gula hingga kembang (Ida masukkan jer dalam mixer)
2) Masukkan susu segar, baking powder, ovelet, pewarna, esen pandan ke adunan telu dan gula tadi. Adun sehingga sebati/mesra...
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit...adun hingga sebati...dah siap letak ke tepi..

4) Masukkan kelapa parut ke dalam acuan-yg telah di sapu ngan minyak..(tekan supaya padat)

5) Sudukan adunan tepung tadi ke dalam acuan yang telah di letakkan kelapa parut. Sambil tuu boleh laa panaskan pengukus...

6) Kemudian kukus kuih selama lebih kurang 10-15 minit (sehingga masak)...

7) Keluarkan dari acuan & hidangkan....

 Haaa...amacam..senang jer kan...so slamat mencuba...lain kali Ida cerita resepi lain plak...


Wasalam & Adios






Thursday, January 20, 2011

Cuti2...Lawat yg sakit...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera semua....

BB Aryl menung ape tuu?

X Suka...x suka... (Nebulizer)

Gymah wif BB Aryll

Hmm arini cuti umum...actually no plan to go anywhere...until my friend Gymah  ajak gi lawat anak  kawan kami...Baby Aryll..kat Columdia Asia Hospital...BB Aryll had high fever..cough ..n flu...sampai kena nebulizer...sian BB Aryll..kami tiba dekat jam 1 pm..by that time BB kat bilik fisioterapi...huhuhu...ngeri kitorg dengar BB Aryll di tepuk2 belakang tuk bagi dia lega...actually Mummy jane kater  buat camtu x sakit...BB aryll siap leh tertido lagi...after di tepuk belakang, nurse akan  sedut kahak n lendir thru hidung n mulut...after that..we ols gi bilik wad (room for 2)...since penghuni katil sebelah dah discharged...so bilik tuu kami laa conquer!!..habis pelbagai aksi n gaya kami buat... BB aryll pun kami tgk dah better skit...badan pun x panas lagi...BB aryll pun  kelihatan ceria coz ader yg dtg lawat dia...kami bawak bb aryll jln2 sekitar hospital...sampai tertido bb Aryl kepenatan..heheh...
I adore his SMILE

He looks ceria..walaupun masih sakit

Nebulizer again!! uwaaaaa....


Well BB Aryll hope you will GET WELL SOON!!!...x sabar nak  lihat keletah BB aryll yg ceria.
BB wif auntie b, auntie Airieda, Abg Danial & Sis Nana

L to R : Airieda, Nana, Gymah, Bie, Danial, Mummy Jane & BB Aryll

 .I LOVE U BB ARYLL!!! MMMMUUUUAAAHHHKKS!!!
Until then...wasalam...Adios

Mak...ibu...mama..ummi...mummy..madre...어머니..母亲

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua blogger


Sajer jer join contest tajaan SUDIRMAN nie (last2 minit)..x mengharapkan kemenangan...just nak kongsi cerita ngan blogger2 lain...


Mak...Hajah Rokhiyah Haji Rapeei...

Hmm...dia laa idola aku...pakar masak...byk ilmu tentang kehidupan aku blajar dari dia...I LOVE HER VERY2 MUCH!! without her my life will be miserable...segala ape yg mak beri pada ida...x mungkin terbalas oleh ida...x mungkin ida dapat membalasnya hatta sebesar zarah pun......she try her level BEST..to make sure all her childrens get better education & life in future...dia x pernah mengeluh dlm membesarkan anak2 dia...Selagi aku bernafas...selagi mak masih ade akan ku curahkan segala kasih, Sayang, cinta ku pada mu MAK..hmm..x dapat aku bayangkan kalau mak dah tiada...sure hidup ini x sesempurna dulu...
-Bersama mak berkongsi gembira di hari konvo ku-

suka duka...ketawa nangis...selalu di kongsi bersama...almaklumlah aku nie sesorang jer anak pompuan dlm famili...hmm kadang2 ade gak berlainan pendapat ngan mak sampai wujud cold war (Perang dingin)...tapi aku x sanggup jadi anak derhaka...so biasanya aku akan mengalah secepat mungkin...MAK mohon AMPUN yaaa...biasalaa ida ni manusia yg lemah...kadang-kala alpa & lupa dgn siapa ida berkata-kata...
L to R: Yee, Abg Atan, Airieda, Adi & Adik Yui

Harapan aku...semoga aku boleh menjadi seorang Isteri seperti MAK...seorang Ibu seperti MAK...

MAK, ORANG SAAAAYAAANG MAK SAMPAI BILA2

so kawan2 blogger sekalian sayangi lah ibu/mak/mama/mummy/ummi anda...selagi hayat mereka...sedekahkan Al-Fatihah bagi mereka yg telah tiada di dunia ini...

wasalam & adios


Friday, January 14, 2011

Doa dan amalan untuk memperolehi zuriat~Ustazah Siti Nor Bahiyah~

Hmm nie nak berkongsi info dengan semua...yer laaa siapa yg dah berkahwin yg x mahu ade anak, cahayamata, zuriat...mungkin ini dpt membantu kepada mereka yg masih belum di kurniakan zuriat...termasuklah diri saya sendiri...kita kena ada usaha...usaha itu perlu...setelah berusaha...di ikuti dgn iringan doa...setelah itu...tawakal...insyaAllah anda pasti berjaya!!!





Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t. Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat.Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.

Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.

Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat.

Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini. Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:

1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.

2. Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.

3. Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.

4. Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.

5. Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
* Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.
* Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
* Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
* Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
* Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
* Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
* Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
* Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.




Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat
Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.

Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali - Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali. Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua.
-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari. Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.


My Collections....

Hai blogger semua...hmm, pernah ada koleksi peribadi kengkawan...aku mempunyai sebahagian koleksi..ada yang di beli sendiri...ada yang dihadiahkan oleh oleh kengkawan @ family...antaranya...novel2...vcd drama jepun (most is Kimura Takuya)...soft toy (teddy bears, nemo, froggie - nie semua dah di ambil alih oleh anak2 buah)...

Selain dari koleksi di atas...ini satu lagi koleksi peribadi...utk yg ini biasanya kalau aku bercuti kat pantai...byk laa dapat (itupun kalau rajin jalan susur pantai)...kekadang kengkawan & sedara mara yg beri...kos hanyalah utk membeli bekas utk simpan cengkerang2 nie.. 

sekarang nie dok kumpul keychain plak...itu semua ada kat ofis...mostly kengkawan bagi bile diorang pergi bercuti di satu2 tempat...pasni nak kumpul lak fridge magnet...so camna? nak berkongsi minat...Salam..

Que Sera Sera

Pernah dengar lagu nie...aku suka...nanti aku try upload lagu nie utk halwa telinga kengkawan semua...skang aku bagi liriknya dulu ok...


When I was just a little girl,
I asked my mother, ‘What will I be?
‘Will I be pretty?
‘Will I be rich?’
Here’s what she said to me:
‘Que sera, sera,
‘Whatever will be, will be;
‘The future’s not ours to see.
‘Que sera, sera,
‘What will be, will be.’
When I grew up and fell in love,
I asked my sweetheart, ‘What lies ahead?
‘Will we have rainbows
‘day after day?’
Here’s what my sweetheart said:
‘Que sera, sera,
‘Whatever will be, will be;
‘The future’s not ours to see.
‘Que sera, sera,
‘What will be, will be.’
Now I have children of my own,
They ask their mother, ‘What will I be?
‘Will I be handsome?
‘Will I be rich?’
I tell them tenderly:
‘Que sera, sera,
‘Whatever will be, will be;
The future’s not ours to see,
‘Que sera, sera,
What will be, will be,
Que sera, sera! 

Nukilan Hati

Kadang-kadang bile aku duk lepak2 sorang2 tetiba jer idea dtg utk menulis puisi...haa ini salah 1 drpdnya...nanti aku update lagi puisi yg pernah aku tulih...hope korang sudi membacanya....enjoyzzz!!!


AKU
aku masih termanggu-manggu..
terkenang kisah silamku…
apakah aku mahu ia terus menbelenggu diriku..
atau hilangkan ia dari memori ku..
biarpun dia telah berlalu dari hidupku..
namun kenangan itu tidak bisa untuk aku hapuskan..
biarlah apa kata orang…
biarlah apa tanggapan orang…
biarlah apa pandangan orang…
aku terus menjadi perindu…
tak mungkin terungkap oleh mereka..
tak mungkin terucap oleh mereka..
tak mungkin terlihat oleh mereka..
akan kesedihan diriku…
meratap aku..terasa hiba & sendu…
hanya Tuhan yang tahu…
betapa aku pilu…
biarlah mereka lihat aku bahagia…
biarlah mereka lihat aku gembira…
namun di hati tiada siapa tahu…



Thursday, January 13, 2011

Aku..Diriku...& Kisahku...

Hmmm...macam mana nak mula...ok laa cerita skit pasal diriku...aku dilahirkan pada enam belas jun seribu sembilan ratus tujuh puluh sembilan (kat rumah di kg chendana, kuala lumpur)..diberi nama Khairidawati..aku merupakan anak kedua kepada mak Hjh Rokhiyah Hj Rapeei & abah Hj Saad Bakri...Aku ada 4 orang adik beradik seibu & seabah...dan aku satu2 nya anak perempuan dlm keluarga ini...




Aku mula 'berdiri di atas kaki sendiri' = berdikari...seawal usiaku 5 tahun, apabila kami berpindah ke Flat Sri Sarawak...aku tinggal di rumah sendirian di waktu mak & abah  pergi bekerja manakala abgku Khairuddin pergi ke sekolah...ketika itu aku telah mempunyai seorang adik Khairulhadi yg di hantar ke rumah org (yer laaa aku mana reti nak jaga baby lg)...hidup penuh kegembiraan & keceriaan bersama-sama teman sepermainan...

Pendidikan awal yg aku terima di Tabika Kemas Flat Sri Sarawak...x jauh pun kat tingkat bawah blok umah aku...w/pun diberi makan di tabika tapi abah tetap memberi duit belanja lima puluh sen...di mana aku akan simpan duploh sen di dlm tabung...hehehe...sikit2 lama2 jadi bukit...Pastu aku meneruskan pendidikan rendah di Sek. Ren. Keb Jln Hang Tuah (1)...aku bersekolah di sini selama 4 thn (aku sentiasa sukses di setiap peperiksaan penggal) kemudian abah membeli rumah di area Wangsa Maju...(Tmn Desa Setapak)...disini aku menyambut kelahiran adik ku yg ke-4 Khairulfikri..setahun kemudian aku menyambut lagi kelahiran adik ku yg bongsu Khairulazfar...aku meneruskan pembelajaran aku di Sek Keb Wangsa Jaya...2 thn belajar...sehingga aku menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)..Alhamdulillah aku mendapat keputusan yg cemerlang 4A...

Seterusnya..aku mendapat 2 tawaran utk sekolah menengah 1) SMAKL 2) Convent Bkt Nanas...pikir punya pikir...akhirnya aku memilih utk ke SMAKL...memandangkan sekolah ini masih dlm proses pembinaan jadi kami (pelajar puteri) menunpang di SM Puteri Wilayah, Kg Baru...2 thn kami menumpang dan akhirnya kami bersatu di bawah 1 bumbung (pelajar putera & puteri)...di sekolah kami tercinta di Bdr Menjalara, Kepong...Mula2 agak janggal bila bergabung kembali dengan pelajar putera (yer laaa masa sek kami x siap lagi, kami di asingkan-hampir 2 thn tuuu)..macam2 peristiwa berlaku...seringkali pertelingkahan berlaku antara putera & puteri (yg masa tu tingkatan 3)...gembira, sedih, ketawa & tangis silih berganti....aku menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR)...keputusan x memberangsangkan...namun aku dpt meneruskan pelajaran di sini...agak kecewa pada permulaan kerana di masukkan ke kelas sastera...namun setelah di beri motivasi oleh pengurusan sekolah aku & kawan2 dpt menerima hakikat tersebut...kami akan pastikan kami juga boleh berjaya walaupun di bidang sastera...di thn 1996 adalah thn yg getir buat aku & teman2 seperjuangan di mana thn ini  kami menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)..peperiksaan yg akan menentukan halatuju kami di masa akan dtg...Syukur ke hadrat Illahi aku mendapat keputusan yg baik (Pangkat 1, 18 aggregat)...

Mendapat tawaran Matrikulasi Sintok, Kedah...setahun aku di matrikulasi..kemudian meneruskan pengajian ku di Universiti Utara Malaysia (UUM)...dlm Pengurusan Perniagaan Antarabangsa (BIBM)...3 thn bertungkus lumus akhirnya aku berjaya merangkul segulung ijazah pada thn 2001...sepanjang berada di sini pelbagai pengalaman suka duka aku tempuhi yg mengajar aku erti dewasa...erti kehidupan...erti persahabatan...




Pekerjaan pertama aku setelah tamat belajar..aku di terima sebagai 'pegawai pemasaran' merangkap driver merangkap runner merangkap admin...dan macam2 rangkap lagi..hehehe...tapi aku terima jer sebabnya aku perlu mencari pengalaman...setelah 2 thn bekerja merangkap2...aku mendapat tawaran bekerja di Eon Bank...alhamdulillah tahun ini (2011) hampir 8 thn aku bekerja...dan 3 thn yg lalu aku telah selamat mendirikan rumahtangga dengan pilihan hati Ahmad Shafuwan Shahril...




So...itu serba ringkas (ringkas ker?..hehehe) tentang aku..diriku & kisahku...nanti update lagi...Salam...