Thursday, January 13, 2011

Aku..Diriku...& Kisahku...

Hmmm...macam mana nak mula...ok laa cerita skit pasal diriku...aku dilahirkan pada enam belas jun seribu sembilan ratus tujuh puluh sembilan (kat rumah di kg chendana, kuala lumpur)..diberi nama Khairidawati..aku merupakan anak kedua kepada mak Hjh Rokhiyah Hj Rapeei & abah Hj Saad Bakri...Aku ada 4 orang adik beradik seibu & seabah...dan aku satu2 nya anak perempuan dlm keluarga ini...




Aku mula 'berdiri di atas kaki sendiri' = berdikari...seawal usiaku 5 tahun, apabila kami berpindah ke Flat Sri Sarawak...aku tinggal di rumah sendirian di waktu mak & abah  pergi bekerja manakala abgku Khairuddin pergi ke sekolah...ketika itu aku telah mempunyai seorang adik Khairulhadi yg di hantar ke rumah org (yer laaa aku mana reti nak jaga baby lg)...hidup penuh kegembiraan & keceriaan bersama-sama teman sepermainan...

Pendidikan awal yg aku terima di Tabika Kemas Flat Sri Sarawak...x jauh pun kat tingkat bawah blok umah aku...w/pun diberi makan di tabika tapi abah tetap memberi duit belanja lima puluh sen...di mana aku akan simpan duploh sen di dlm tabung...hehehe...sikit2 lama2 jadi bukit...Pastu aku meneruskan pendidikan rendah di Sek. Ren. Keb Jln Hang Tuah (1)...aku bersekolah di sini selama 4 thn (aku sentiasa sukses di setiap peperiksaan penggal) kemudian abah membeli rumah di area Wangsa Maju...(Tmn Desa Setapak)...disini aku menyambut kelahiran adik ku yg ke-4 Khairulfikri..setahun kemudian aku menyambut lagi kelahiran adik ku yg bongsu Khairulazfar...aku meneruskan pembelajaran aku di Sek Keb Wangsa Jaya...2 thn belajar...sehingga aku menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)..Alhamdulillah aku mendapat keputusan yg cemerlang 4A...

Seterusnya..aku mendapat 2 tawaran utk sekolah menengah 1) SMAKL 2) Convent Bkt Nanas...pikir punya pikir...akhirnya aku memilih utk ke SMAKL...memandangkan sekolah ini masih dlm proses pembinaan jadi kami (pelajar puteri) menunpang di SM Puteri Wilayah, Kg Baru...2 thn kami menumpang dan akhirnya kami bersatu di bawah 1 bumbung (pelajar putera & puteri)...di sekolah kami tercinta di Bdr Menjalara, Kepong...Mula2 agak janggal bila bergabung kembali dengan pelajar putera (yer laaa masa sek kami x siap lagi, kami di asingkan-hampir 2 thn tuuu)..macam2 peristiwa berlaku...seringkali pertelingkahan berlaku antara putera & puteri (yg masa tu tingkatan 3)...gembira, sedih, ketawa & tangis silih berganti....aku menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR)...keputusan x memberangsangkan...namun aku dpt meneruskan pelajaran di sini...agak kecewa pada permulaan kerana di masukkan ke kelas sastera...namun setelah di beri motivasi oleh pengurusan sekolah aku & kawan2 dpt menerima hakikat tersebut...kami akan pastikan kami juga boleh berjaya walaupun di bidang sastera...di thn 1996 adalah thn yg getir buat aku & teman2 seperjuangan di mana thn ini  kami menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)..peperiksaan yg akan menentukan halatuju kami di masa akan dtg...Syukur ke hadrat Illahi aku mendapat keputusan yg baik (Pangkat 1, 18 aggregat)...

Mendapat tawaran Matrikulasi Sintok, Kedah...setahun aku di matrikulasi..kemudian meneruskan pengajian ku di Universiti Utara Malaysia (UUM)...dlm Pengurusan Perniagaan Antarabangsa (BIBM)...3 thn bertungkus lumus akhirnya aku berjaya merangkul segulung ijazah pada thn 2001...sepanjang berada di sini pelbagai pengalaman suka duka aku tempuhi yg mengajar aku erti dewasa...erti kehidupan...erti persahabatan...




Pekerjaan pertama aku setelah tamat belajar..aku di terima sebagai 'pegawai pemasaran' merangkap driver merangkap runner merangkap admin...dan macam2 rangkap lagi..hehehe...tapi aku terima jer sebabnya aku perlu mencari pengalaman...setelah 2 thn bekerja merangkap2...aku mendapat tawaran bekerja di Eon Bank...alhamdulillah tahun ini (2011) hampir 8 thn aku bekerja...dan 3 thn yg lalu aku telah selamat mendirikan rumahtangga dengan pilihan hati Ahmad Shafuwan Shahril...




So...itu serba ringkas (ringkas ker?..hehehe) tentang aku..diriku & kisahku...nanti update lagi...Salam...

No comments:

Post a Comment