Background

My Precious...

Saturday, May 7, 2011

Mak & Abah | Perlukah hari tertentu utk meraikan mereka?

Salam...hai semua pembaca & pengunjung blog Airieda...
Maaf kerana agak lama tak update blog...
di samping kesibukan bekerja..di tambah pula laptop rosak..

Hmm topik kali nie Airieda nak sentuh pasal sambutan hari ibu...hari bapa...perlukah kita raikan mereka yg penting dlm hidup kita ini pada hari2 tertentu aje..
bukan Airieda kater kita x bleh nak rai cuma kadang2 pelik...
iyer laa kasih sayang kita nie perlu ada hari2 tertentu baru kita nak tunjuk?
bukankah kita perlu sentiasa kasih & sayang Ibu & Ayah selagi hayat mereka...mengapa kita terlalu mengikut cara peradaban barat...sedangkan dlm Islam kita telah diterapkan betapa kita perlu kasih mereka sepanjang waktu...Dalam Islam kita diminta berdoa setiap hari di dlm doa sesudah solat fardhu...

 
Maksudnya : Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Ini hanya pendapat peribadi...terpulanglah pada anda mahu meraikan setiap saat atau hanya pada hari tertentu...tiada paksaan dlm Islam...
kasihnya ibu membawa ke syurga...kasihnya ayah sanggupkah berpisah...Ayah & ibu...itulah permulaan kami...dpt melihat bulan dan matahari...| Bagiku tiada hari tertentu utk meraikan ibu & ayah...setiap hari...setiap masa...kasih utk ibu & ayah perlu dirai...selagi hayat mereka ada...kasih laa mereka...sayang laa mereka...tanpa menunggu hari2 tertentu... | Mak & Abah...Eda ♥ kalian selamanya....
Nie ade satu lagi doa utk ibu bapa...yg ini Airieda ambil dari Halaqah.net | mari laa kita bersama2 berdoa utk kesejahteraan Ibu & ayah kita...kepada mereka yg telah tiada kita sedekahkan Al-Fatihah kerna doa anak2 yg soleh akan sampai kepada ibu bapa yg telah meninggal dunia... 
-DOA UNTUK IBU BAPA-

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah... Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan didunia ini. Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...
 Aku yg kasih serta sayang MAK & ABAH selamanya,



 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Waktu Solat : Solat sebelum terlambat