Background

My Precious...

Saturday, July 16, 2011

Perkahwinan | Hukum Pemakaian Inai bercorak

Salam...
sekarang kenduri kawen x tunggu time cuti sekolah...boleh di katekan hampir setiap ujung minggu ade saje yang menerima jemputan kenduri kawen...hmm, biler sebut pasal kawen pasti org terbayang pasal persiapan pengantin terutama pengantin perempuan...dan semacam satu kemestian bagi pengantin berinai...kalau orang dulu2 berinai sekadar memakainya di hujung jari...tapi kini mereka mencorak inai di tapak tangan dgn corak awan larat, bunga...etc.
Bagi pengantin muslim pasti tertanya-tanya adakah boleh kita membuat corak inai sperti pengantin India..kerana ade yg mengatakan haram kita membuat corak inai..ade yg kate boleh...so saya pun try laa cari fakta berkenaan isu ini...hmm ini antara yg saya dapat..
 
 

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Keputusan: 
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

     Berkata Imam Al-Nawawi rahimahullah: Dan berkenaan menginaikan kedua-dua tangan dan kaki maka ia satu sunnah kepada pengantin perempuan. Dan ianya haram ke atas lelaki melainkan untuk tujuan perubatan. Dan daripada dalil-dalil ke atas pengharamannya adalah dari sabda baginda SAW:

    Bermaksud:"Allah melaknat orang yg menyerupai wanita dari kalangan kaum lelaki, dan juga perempuan-perempuan yg menyerupai lelaki dari kalangan wanita. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tirmizi)



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Waktu Solat : Solat sebelum terlambat