Background

My Precious...

Saturday, January 29, 2011

Rahsia RUMAHTANGGA BIASA dengan RUMAHTANGGA LUAR BIASA

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam sejahtera buat semua pembaca blog ini...Kali ini Ida nak menulis bagaimana nak menjadikan sebuah rumahtangga itu bagaikan syurga...Faktor utama yang mencorak keluarga atau rumahtangga ISLAM ialah Suami dan Isteri. Ke-Redhaan Allah adalah matlamat utama dan ini dapat di capai apabila rumahtangga itu dibina atas Taqwa yg kukuh..Itulah yang membezakan RUMAHTANGGA BIASA dengan RUMAHTANGGA LUAR BIASA..

Biasanya Suami...Kalau baik pun, setakat menjaga makan & minum keluarga sahaja.Tanggungjawab terutama dalam soal memberi ilmu dan didikan agama terabai.

Suami Luar Biasa...Ahli keluarganya sangat dijaga keperluan hidup lebih-lebih lagi tanggungjawab dalam memberi ilmu dan didikan agama sangat diutamakan.

Biasanya Suami...Mudah melenting apabila isteri atau anak membuat  salah. Ataupun ada  juga suami yang biarkan sahaja anggota keluarganya berbuat sesuka hati tidak kira betul atau salah.

Suami Luar Biasa...Apabila isteri atau anak-anak  buat salah, diberinya tunjuk ajar untuk membetulkan kesalahan itu. Dia tahu mereka buat salah kerana kecetekan Ilmu, kurang bimbingan, terleka atau kerana dorongan nafsu.

Biasanya Suami...Menyerahkan bulat-bulat tugasan mengurus rumah kepada isteri meskipun dia tahu isterinya penat kerana turut bekerja. Baginya kerja rumah itu kerja orang perempuan.

Suami Luar Biasa...Sentiasa memberi dorongan terhadap isteri dalam urusan rumahtangga, karier dan anak2 utk mengajar keredhaan Allah. Menyelesaikan  urusan rumahtangga adalah satu kerja yg sangat besar bagi seorang ibu demi utk melahirkan pemimpin2 negara yang takut & cinta Allah.

Biasanya Suami...Suka memandang perempuan lain di tempat kerja atau di luar rumah. Sebab itu banyak kes2 suami main  kayu tiga. Porak-peranda rumahtangga jadinya

Suami Luar Biasa...Berpegang pada larangan Allah supaya tidak memandang wanita lain. yakni tidak memandang secara lahiriah atau memberi perhatian dan perasaan terhadap wanita lain. Maka hati suami tertumpah pada isterinya sahaja. Baru aman rumahtangga.

Jadi renung-renungkan & fikir-fikirkan....wasalam

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Waktu Solat : Solat sebelum terlambat