Background

My Precious...

Sunday, February 27, 2011

Selamat HAri LAhir - KHAIRULFIKRI SAAD



ALLAH SELAMATKAN KAMU...
ALLAH SELAMATKAN KAMU...
ALLAH SELAMATKAN KHAIRULFIKRI...
ALLAH SELAMATKAN KAMUUU....



masih mampu tersenyum walaupun tengah tahan kesakitan - sehari sebelum birthday


Arini merupakan ulang tahun kelahiran adikku  KHAIRULFIKRIKyêrüll L Frêscð yg ke 21 thn...Kini dia berada di HKL...dia kembali ke tempat kelahirannya 21 thn yg lalu...hmmm ini adalah kali pertama dia sambut birthdaynya di Hospital...naper dia di hospital...hmm ini disebabkan dia kena operate utk kali kedua setelah plat besi dari pembedahan lama (5bln lalu) patah... Operation kali ini adalah utk mengeluarkan plat besi yg patah & memasukkan besi ke dlm tulang pehanya...Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar dan dia dah stabil..cuma dibenarkan kuar spital pada ari isnin ini...so hendak atau x hendak..dia kena laa sambut bday di Hospital Kuala Lumpur...hope this is 1st & last time u'll celebrate ur birthday here...

Kepada adikku yg nakal yg tetap ku sayang  Kyêrüll L Frêscð ..."SELAMAT HARI LAHIR" 
Semoga panjang umur & murah rezeki...
Jangan nakal2...jadi anak yg baik..Jangan susahkan ati mak abah
just remember that you been given few chances in this life by Allah..so be thankful to HIM..


Me your only sis..that always LOVE you,


Saturday, February 26, 2011

Roti Poket 'Doraemon' Berinti

Hye..hye..hye..
Kita bertemu lagi  dalam arena masak-memasak...hehehhe...ok ari nie nak kongsi resepi Roti Poket 'Doraemon' Berinti...resepi nie saya dapat dari email yg hanya ade gambar without any explaination..so saya pun agak2 laaa sukatan utk bahan2nya...so mula2 saya senaraikan bahan2 mengikut fahaman saya laaa...utk resepi nie terdiri 2 bahagian iaitu...

A) Roti Poket 'Doraemon' :
Sebuku Roti 'Gardenia' (kalau suka brand lain leh tukar)

2 biji telur ayam (di pukul)

Serbuk Roti a.k.a Bread crumb (leh beli kat pasaraya @ kedai bahan bakeri)

Minyak utk menggoreng

B) Inti : 
Isi ayam (dipotong kecil2)

 2-3 biji bawang besar (dipotong dadu)

Sebiji cili capsicum a.k.a cili cameron (dipotong dadu)

2-4 sudu besarMayonis
Serbuk lada hitam

Butter/marjerin/minyak utk menumis.

Ok...dah ader semua bahan2...so kita mulakn ngan Poket 'Doraemon'
Amik 2 keping roti gardenia...pastikan kedudukan berlapis..kemudian kita gelekkan kedua-dua roti tersebut..

Pastu cari laa aper2 yg bulat (mangkuk ker cawan ker)...nak buat aper? haaa buat cam kat bawah nie :

haaa begini laaa hasilnya...


pastu kasi celup dlm telur

kemudian kita kasi tampal ngan serbuk roti cenggini

lepas tu kita torojunkan ke dalam minyak panas

hasilnya macam nie...

kemudian kita belah dua roti yg telah di goreng tadi....HAaa kan cam POKET DORAEMON tuu...

Ok selesai ngan Poket Doraemon...skang kita nak wat inti nya plak..kali nie Airieda wat inti ayam...kalau x ske leh tukar ikut citarasa masing2...(daging, tuna, telur, kentang, etc..)

memula kita panaskan butter/marjerin

pastu kita masukkan bawang yg telah di potong dadu...masak hingga layu

bile bawang dah layu...masukkan danging ayam yg dah di potong kecil...masukkn juga serbuk lada hitam...
kacau bagi mesra...

biler dah mesra...ayam dah empuk...campurkan cili cameron yg di dadu tadi...

biler semua dah masak...masukkan mayonis...gaul hingga sebati...


dah siap inti nya....angkat & boleh laa di hidangkan ngan 'Poket Doraemon' itu...

Enak untuk hidangan petang...



Hmm...so selamat mencuba...enak...ringkas...


Aku hanya berkongsi,

Saturday, February 19, 2011

Word In Its Number

HELLO everyone...this time I would like to update my entry in English...why do I want to update in English...hmm just wanna have a bit different this time...sometime we need be out from the norm right? So my dear readers...do enjoy my entry...


The most selfish "ONE" letter word...


AVOID IT


The most satisfying "TWO" letter word...


USE IT


The most poisonous "THREE" letter word...


KILL IT


The most used "FOUR" letter word...


VALUE IT


The most pleasing "FIVE" letter word


KEEP IT


The fastest spreading "SIX" letter word...


IGNORE IT


The hardest working "SEVEN" letter word...


ACHIEVE IT


The most enviable "EIGHT" letter word...


DISTANCE IT


The most powerful "NINE" letter word...

ACQUIRE IT


The most essential "TEN" letter word...

TRUST IT

Well that's all about Word In Its Number...Be yourself & believe in yourself

Till then...ADIOS... 










Tuesday, February 15, 2011

Kek Pisang Kukus / Bakar

Salam sejahtera tuk semua yg pernah & baru singgah kat sini...
dekat ngan office ade kedai jual bahan2 bakeri...so kita slalu gak gi sana...suka masak & makan (hehehe yer la dah masak kena laaa makan kan)...arini jom kita citer pasal masak2 mudah..cepat & lazat..


Bahan-bahan : 
3 biji telur

330gm pisang (dilenyek)


150ml minyak masak
500gm BANANA MUFFIN MIX (BAke With Yen-BWY) - beli jer kat kedai bahan kek & bakeri

Cara Membuatnya:




 1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan kacau sehingga sebati
Bahan2 yang dah sebati / mesra

2. Tuangkan adunan ke dalam cawan muffin sehingga 3/4 penuh - malas nak sudukan ke cawan muffin kita tuang sekali semua dlam loyang... macam gambar kat atas tuu



3. Bakar pada suhu 190darjah celcius selama 25 minit. - since kita x de oven so kita kukus jer kek tuu




Hasilnya setelah dikukus...waaalllaaa...
.
.
.
.
.
.

Kek yang dah siap masak

Haaa...amacam gebu gebaskan kek kita..



Mudah & cepat kan...rasanya pun lazat sekali
selamat mencuba yer...

"Tak Kenal...Maka Tak Cinta"

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).



USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ',  jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. 
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).



ANAK-ANAK RASULULLAH SAW


1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).


SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah  1. Hamzah
                      2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
                                    2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
                                    3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
                                    4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.


Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.  Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم


Nabi Muhammad SAW - Manusia agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.


KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

"Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak. "



Akhir kalam, wasalam...

Saturday, February 12, 2011

PERHATIAN!!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hai bloggers semua....pasti anda ada terbaca atau menerima email pasal "SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN SALAM"...sedang saya membaca status di group Sahabat Blogger terbaca satu status update by Erleena Athira Johar so saya nak kongsi bersama link pasal pembetulan kepada artikel sebelum ini...so pls klik sini untuk maklumat/info tersebut...

"Kita manusia biasa yang x lari dari membuat kesilapan...tegurlah & bimbinglah...semoga kita semua menuju jalan yg benar..."

Akhir kalam...

Wednesday, February 9, 2011

Yee Sang @ office...

Hye semua....arini nak buat entry pasal berkongsi budaya ngan blogger...haaa kan sekarang masih dalam suasana Tahun Baru Cina..so tadi my boss & chinese colleagues belanja YEE SANG utk team kami...hehehe memula dok pikir ape laaa Yee Sang tuu...bloggers tau ape itu Yee Sang? haaa meh sini saya terangkan...



"Yushengyee sang atau yuu sahng (Cina Ringkas鱼生pinyin: yúshēng) ialah sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. secara harifah, "yusheng" diterjemah menjadi "ikan mentah", namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.
Yee Sang in the making
Yee sang dimulakan di Kuala Lumpur kira-kira pada awal 1950-an, sebagai hidangan yang disajikan hanya selepas hari Tahun Baru Cina apabila restoran dibuka semula, dan restoran menyajikan hidangan ini sebagai pembuka selera untuk memupuk 'tuah' untuk tahun berikutnya.
Kini, "Lo Hei" -- melambung yee sang -- ialah satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura yang mana saudara-mara berkumpul di keliling meja lalu melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh, sambil melaungkan ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.
Ramuan-ramuan biasa termasuk: ikan salmon segar, daikon (lobak putih), lobak merahcili kembunghalia,  lime leaves, parsli Cina, cebisan limau bali, potongan kacang tanahbiji bijan bakar, keropok udang Cina (atau udang kering goreng), dan tepung lima rempah. Kuahnya diperbuat terutamanya daripad sos plum." - WikiPedia
So dah tau apa itu Yee Sang...hmm malas nak type panjang2 so tgk la gambar2 kami tadi...
Ini laaa YEE SANG kami








Before the event...


Ready semua...














Ok...mula!!! Campur2 & make a wish....






Hmmmm...itu laaa cara hidup kita di Malaysia nie...berbagai bangsa...berbagai budaya...bersama-sama berkongsi citarasa...serta budaya...so enjoys...

Akhir kalam...Adios.











Bersama Nailah, Robie, Umi, Sue, Jane 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Waktu Solat : Solat sebelum terlambat