Hye semua....arini nak buat entry pasal berkongsi budaya ngan blogger...haaa kan sekarang masih dalam suasana Tahun Baru Cina..so tadi my boss & chinese colleagues belanja YEE SANG utk team kami...hehehe memula dok pikir ape laaa Yee Sang tuu...bloggers tau ape itu Yee Sang? haaa meh sini saya terangkan...
"Yusheng, yee sang atau yuu sahng (Cina Ringkas: 鱼生; pinyin: yúshēng) ialah sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. secara harifah, "yusheng" diterjemah menjadi "ikan mentah", namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.
Yee Sang in the making |
Yee sang dimulakan di Kuala Lumpur kira-kira pada awal 1950-an, sebagai hidangan yang disajikan hanya selepas hari Tahun Baru Cina apabila restoran dibuka semula, dan restoran menyajikan hidangan ini sebagai pembuka selera untuk memupuk 'tuah' untuk tahun berikutnya.
Kini, "Lo Hei" -- melambung yee sang -- ialah satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura yang mana saudara-mara berkumpul di keliling meja lalu melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh, sambil melaungkan ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.
Ramuan-ramuan biasa termasuk: ikan salmon segar, daikon (lobak putih), lobak merah, cili kembung, halia, lime leaves, parsli Cina, cebisan limau bali, potongan kacang tanah, biji bijan bakar, keropok udang Cina (atau udang kering goreng), dan tepung lima rempah. Kuahnya diperbuat terutamanya daripad sos plum." - WikiPedia
So dah tau apa itu Yee Sang...hmm malas nak type panjang2 so tgk la gambar2 kami tadi...
Ini laaa YEE SANG kami |
Before the event... |
Bersama Nailah, Robie, Umi, Sue, Jane
2 comments:
uuu.bestnyer.aku pon tak penah buat bnde nie semua tau.
try laaa...sy pun 1st time tadi...
Post a Comment