Background

My Precious...

Thursday, March 31, 2011

2 Hati Menjadi 1

Salam semua pembaca serta blogger sekalian....Hmm raser2 semua buleh agak apa yg nak di ceritakan sini...
biasanya berlaku apabila cuti sekolah bermula...adik, abang, kakak, mak, ayah, pakcik, makcik, atok, nenek, sepupu-sepapat, org2 kampung, org2 bandar...semua akan seduk nak uruskan perkara nie...apakah itu? 

IIIIIIIII
IIIIIIIII
IIIIIIIII
IIIIIIIII
IIIIIIIIIIIIIIII
IIIIIIIIIIIII
IIIIIIIIII
IIIIIII
IIII
II

PERKAHWINAN

Anda tau maksud perkahwinan...? 
Kata Lelaki : Perkahwinan tu akan hilang kebebasan mereka
Kata wanita : Perkahwinan biarlah sekali sahaja seumur hidup
Kata remaja : Kahwin tuu seronok nak2 ngan kekasih hati
kata kanak-kanak : Kahwin? hmm..dapat gula2 free...boleh main bunga manggar...Ade kompang..ada bunga telur

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

Terdapat beberapa jenis perkahwinan iaitu:

POLIGAMI
Perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Ia diamalkan oleh hampir kesemua bangsa di dunia ini. Mereka mengamalkan poligami tanpa had dan batas. Contohnya ada agama di negara China yang membolehkan perkahwinan sehingga 130 orang isteri. Pada syariat Yahudi, poligami dibenarkan tanpa batas dan menurut Islam, poligami hanya dibenarkan sehingga empat orang isteri dengan syarat-syarat yang tertentu.

POLIANDRI
Merupakah perkahwinan yang berlaku antara seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki (konsep songsang dari poligami). Perkahwinan ini sangat jarang berlaku kecuali di Tibet, orang-orang bukit di India dan masyarakat jahiliah Arab. Contohnya masyarakat Juansuwaris apabila saudara lelaki yang tua mengahwini seorang wanita, wanita itu juga menjadi isteri untuk semua saudara-saudaranya. Amalan ini merujuk kepada kitab Mahabhrata.

MONOGAMI
Merupakan cara perkahwinan tunggal iaitu perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan sahaja. Sesetengah agama seperti Kristian mengamalkan perkahwinan jenis ini kerana menganggap perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan adalah untuk sepanjang zaman. Oleh kerana itulah penceraian tidak diiktiraf sama sekali (seperti mazhab Katolik).

Hukum-hukum Perkahwinan dalam Islam:

WAJIB kpd mereka yang mempunyai nafsu yg kuat sehingga boleh menjatuhkan diri ke lembah maksiat (zina & sebagainya) sedangkan dia mampu. Mampu di sini bermaksud mampu membayar mahar (mas kahwin) dan mampu memberi nafkah kpd bakal isterinya.

SUNAT kpd mereka yg mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.

HARUS kpd mereka yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.

MAKRUH kpd mereka yang tidak berkemampuan dari segi nafkah zahir & batin tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kpd isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat.

HARAM kpd mereka yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

Haaa...itu la serba sedikit pasal perkahwinan..kalau nak lebih detail...boleh klik -------> Perkahwinan Menurut Islam - Wikipedia

##############################################################################################

Baru-baru nie, adik ipar Airieda (FIZI) melangsungkan perkahwinannya dgn gadis pujaan hati (MAS) setelah 6 bln bertunang..sebagai ahli keluarga so agak sibuk laa membuat persiapan terakhir...sempat juga si Fizi menghafal Rukun Nikah, Rukun Islam, Rukun Iman & beberapa perkara asas Islam..

Camne saksi SAH ke TIDAK?

Jumaat selepas solat Isyak bermula laaa acara akad nikah...Huh!! berpeluh gak laa Fizi menjawap soalan2 dari Tok Kadi.. sampai tunggang langgang susun atur rukun...yerlaa NERVOUS punya pasal...Alhamdulillah setelah 3 kali lafaz mereka sah menjadi suami isteri..sebelum pulang tok kadi sempat bergurau "kamu jgn laa plak pasni LANGGAR saya plak sebab saya banyak sangat soal awak tadi...itu semua utk ingatan kamu, hadirin juga diri saya" ..kesian adik ipar Airieda sampai masa batal air sembahyang pun x hilang lagi ketar dia...HAAA...korang ingat senang nak nikah???!! kalau belum betul2 bersedia baik tangguh dulu...hehehe...


Alhamdulillah..

Baca lafaz Taqliq

Serah maskahwin

Acara batal air sembahyang

stylo x airieda snap this pic hehehe

Alahai pengantin malu..tersipu malu..
Esoknya, berlangsung plak majlis persandingan di rumah perempuan...Seperti selalu, bersanding makan beradap, bergambar..kami pihak pengantin lelaki beransur setelah selesai makan coz byk lagi kerja menanti kami di rumah ..mana taknya keesokan harinya majlis bertandang di rumah kami pula...walaupun kami menggunakan khidmat katering tapi tetap ade rewang (rebus telur, siapkan beg2 cenderehati..etc)

Raja Sehari di singgahsana


Majlis bertandang berlangsung dengan lancar...baik dari segi cuaca mahupun tetamu juga makanan...Airieda jadi photograher amatur aritu...Alhamdulillah selesai kira2 jam 3 ptg...setelah kemas2 skit..Malam pula ade acara potong kek juga acara joget lambak...hmm kalau kat Kuala Lumpur dah susah nak jumpa acara joget camnie...Akan ade live band buat persembahan & muda-mudi akan berjoget mengikut rentak lagu yg di dendangkan tapi semua ini dalam kawalan (ada RELA yg bertugas)

Bersanding di majlis bertandang

Kanda & Dinda jeling menjeling

Tahniah Fizi & Mas!!
Ok...ini sahaja...daaaaaaaaaaaa...

Aku yg melaporkan,

Wednesday, March 30, 2011

Preview entry...

Salam & selamat "evening"...hmm, ade beberapa entry yang perlu aku update tapi x sempat nak karang ayat2 nya...antara yang akan di update sehari dua nie...

  • Dua Hati menjadi SATU...
  • PesTa Deghoyan
  • All yOu can EAT!!
Hmm...tajuk dah ader...isi pun dah ade...tinggal nak di olah jalan ceritanya...hehehe...macam buat tugasan kertas Sastera plak...apa-apa pun nanti kan entri-entri tersebut...

Aku yang buat preview,



Friday, March 25, 2011

Si Gebu yang Enak...

Hai...hai..tuan2 dan puan2...adik...kakak..abang...mai singgah jap...
Apa dia yg duk kata si Gebu yang Enak nie...
tuu dia...hangpa semua jangan laa pikir yang bukan2...
Chek tau laa sehari dua kebanyakan hangpa semua duk update entri yang panas lagi 18SX...
ngeri chek nak bace...tapi chek tau hangpa semua buat tajuk jaaa gitu isinya kadang2 tak laaa tahap yg bukan2...haaaa la ni...chek plak nak wat entri yang moga2 korang semua sudi laaa nak baca dan komen nooo...

Apa laaa yg chek duk merapu nie...sebenaq nya chek bukan nak citer pasai org yg berkulit gebu...atau abg2 gebu...tapi chek nak citer pasai chek cuba buat kek @ muffin pisang malam nie...hehehe...jgan marah nooo...

Di sebabkan chek nie chef amatur jaa...so chek beli ja tepung kek@muffin segera...cuma tambah beberapa bahan utk menjayakan operasi Si Gebu yang Enak nie...resepinya hangpa semua bleh gi kat sini cuma kali ni chek ghajin skit...isikan kat dlm 'muffin cup'...oleh sebab chek suka yg Gebu2...so skali lagi chek KUKUS jaaa kek nie..

Hasil kali nie adalah seperti di bawah....
.
.
.
.
Yg nie baru masukkan dlm cup

haaa Yg nie hasilnya...

nie pun sama...tapi angle yg berbeza...

Tukang tester chek sudah semestinya suami terchenta...katanya  kek chek nie  GEBU lagi ENAK!!

Chek chef amatur,

aku REVIEW sambil SEDEKAH !

Nak join silalah klik sini 
Hello korang....
kali nie nak join segmen Kyerull a.k.a KLF a.k.a ROBOCOP...
naper aku join...sesaje jer...boring2..nak bagi moral support....

Kyerull...ade yg dah tahu & ade yg tak tahu...sesungguhnya aku nie 'the only sister' dalam adik beradik dia...
Dia nie memang terkenal ngan sifat peramahnya...so tak hairan laaa kalau gi mana2 pun dia memang ade ramai kawan...x kira laa kawan lelaki atau kawan perempuan...kadang2 ade gak barannya...so hati2 korag jgn sampai sabar dia hilang...jgn sekali2 cabar dia yg bukan2...hmm..kekadang dia nie suka gak prasan lebih (hensem laa slalunya..)

Pasal blog dia...I LOIKE!!! kalau dulu dia yg baca tulisan2 aku...tp sekarang aku plak yg duk baca blog dia..hmm...macam2 tips & nasihat yg ada dlm blog dia nie...blognya kemas...kadang2 terasa jiwang2 gak tulisan dia dlm blog...hmm anyway he try give the best utk penulisannya dlm blog...entri2 memang hot2...sampai aku sendiri jeles (coz aku x leh nak pikir cam dia pikir)...

So meh laa semua join segmen Kyerull a.k.a KLF a.k.a ROBOCOP...mudah ajer ---> letak BANNER ---> review/comment/cerita blog or diri dia ---> lastly jgn lupa tinggalkan link ok...


Airieda wif Nana


















Saya yg join segmen,

Tuesday, March 22, 2011

Tiga Serangkai...

Salam bloggers & pembaca blog Airieda..
Kali nie Airieda nak menulis pasal TIGA SERANGKAI...
Pasti anda tertanya-tanya...apakah itu...buah 3 serangkai...penyakit 3 serangkai..or ape2 yg korang paham laa..
Hmm sebenarnya Airieda nak citer Ulang Tahun Kelahiran 3 org Tersayang dalam bulan Mac ini..
Mereka adalah ABAH, ADIK BONGSU & SUAMI Tersayang lagi dicintai...


Abah & Mak di pagi raya 2010
Yg pertama sambut 'Birthday' ialah ABAH Tersayang...
HAJI SAAD BIN BAKRI
dilahirkan pada 17 Mac 1947...
Tahun ini Abah ku dah berusia 64 tahun...
Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan usia beliau...di beri kesihatan yg baik..

"Abah...Eda sayang abah dulu...kini..dan selamanya..dlm susah & senang abah tetap berusaha untuk membesarkan Eda & adik beradik...hingga kami menjadi insan yg berguna...Abah, x terbalas jasa2 mu...Semoga Allah dpt membalas segala yg pernah kau curahkan kepada kami semua...selagi hayat di kandung badan akan ku cuba berbakti...memberi kegembiraan yg termampu oleh ku buat dirimu yg TERSAYANG...Semoga Allah memberkati diri mu hingga ke akhirnya...Amin"



Yg kedua sambut 'Birthday' dlm bln nie ialah Adik aku yg bongsu..
dilahirkan pada 21 Mc 1991...
Hmm, dah 20 thn umurnya...tapi aku rase still kecik lagi (mungkin dia yg bongsu)
antara yg mendengar kata org tua - al-maklumlah yg muda dlm keluarga
x banyak ragam..masih menuntut di Uitm Segamat...
Rase2 masih SINGLE & AVAILABLE..(so ade yg nak isi form to be his GF..hehehe)

"Adik Selamat Hari Lahir yg ke 20...Akak sayang kamu selalu...semoga menjadi anak yg Soleh..di permudahkan Allah dlm menuntut Ilmu...Di panjangkan umur...di berkati Allah sentiasa..Amin"


Mi Amor - My Hubby
Yg ketiga sambut 'Birthday' iaitu arini ialah My Beloved Hubby..
Dilahirkan pada 22 Mac 1981
Kini berusia 30 tahun...(Selamat Datang ke kelab 30an sayang)
Alhamdulillah kita diperkenalkan dan bersatu menjadi pasangan suami isteri sehingga kini..

"Abang...tahniah atas ulang tahun kelahiranmu ke-30...semoga Allah panjangkan usia mu...dilimpahi rezeki..Ayang sentiasa doakan kemesraan kita akan terus berkekalan sampai bila2...Ayang harap Abang terus menyayangi Ayang walaupun kadang kala Ayang banyak kerenah yang mungkin tanpa sedar ia menyakitkan hati Abang...Ayang SAYANG...CINTA & KASIH Abang selama hayat di kandung badan...semoga kita di kurniakan ZURIAT hasil cinta kita berdua...Amin"

Seorang anak, kakak & isteri...

Wednesday, March 9, 2011

PoWEr RAngErs di SB

Salam...hye semua..mlm di sejak jam seblas...seorang ahli SB
iaitu si GARANG...
telah bertukar menjadi ahli power rangers
deangan penuh kebanggaan telah mem fire saya bertubi2...
kemuadia di ikuti beberapa org yg lain
men'tranform diri mereka ke POWER RANGERS




haaa kat atas tuuu antara yg sempat saya copy...perut dah sakit coz ketawa guling2 bace setiap post...
sekarang meraka bertukar pulak menjadi keluarga DRAGON BALL!!!

Aku yg melaporkan,

Sunday, March 6, 2011

Cheese Tarts with Filling

Salam semua...hehehe ini bukan entri resepi yer kengkawan...tapi entri kali nie nak tolong member...tolong jualkan cheese tart...ada 6 perisa setakat nie...Kiwi..Mango...Blueberry...Lemon...Strawberry...Oreo...
1 kotak ade 12 biji tart (2 biji setiap perisa) 
Kalau ader yg berminat leh PM kat inbox FB saya di sni 

6 flavors: Fr above - Mango, Kiwi, Bluberry, Lemon, Strawberry & Oreo

In the box - 12 pieces (2 pieces each flavor)

Filling inside the tart

Aku yang menjual,

Saturday, March 5, 2011

Blogku di 'review' - terharu saya...


Salam semua...1st time sejak berblog kembali...ade gak yg sudi nak review blog aku...
ada gak yg sudi nak review blog yg x seberapa nie..

Last year Pic..Dinner Company..


so entri nie nak ucap terima kasih bebanyak pada --->MA
coz menjadi 1st person review my blog..
nak tgk review yg di buat leh klik 
---> SINI

Aku amat menghargai review mu.,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Waktu Solat : Solat sebelum terlambat