Background

My Precious...

Thursday, March 31, 2011

2 Hati Menjadi 1

Salam semua pembaca serta blogger sekalian....Hmm raser2 semua buleh agak apa yg nak di ceritakan sini...
biasanya berlaku apabila cuti sekolah bermula...adik, abang, kakak, mak, ayah, pakcik, makcik, atok, nenek, sepupu-sepapat, org2 kampung, org2 bandar...semua akan seduk nak uruskan perkara nie...apakah itu? 

IIIIIIIII
IIIIIIIII
IIIIIIIII
IIIIIIIII
IIIIIIIIIIIIIIII
IIIIIIIIIIIII
IIIIIIIIII
IIIIIII
IIII
II

PERKAHWINAN

Anda tau maksud perkahwinan...? 
Kata Lelaki : Perkahwinan tu akan hilang kebebasan mereka
Kata wanita : Perkahwinan biarlah sekali sahaja seumur hidup
Kata remaja : Kahwin tuu seronok nak2 ngan kekasih hati
kata kanak-kanak : Kahwin? hmm..dapat gula2 free...boleh main bunga manggar...Ade kompang..ada bunga telur

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

Terdapat beberapa jenis perkahwinan iaitu:

POLIGAMI
Perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Ia diamalkan oleh hampir kesemua bangsa di dunia ini. Mereka mengamalkan poligami tanpa had dan batas. Contohnya ada agama di negara China yang membolehkan perkahwinan sehingga 130 orang isteri. Pada syariat Yahudi, poligami dibenarkan tanpa batas dan menurut Islam, poligami hanya dibenarkan sehingga empat orang isteri dengan syarat-syarat yang tertentu.

POLIANDRI
Merupakah perkahwinan yang berlaku antara seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki (konsep songsang dari poligami). Perkahwinan ini sangat jarang berlaku kecuali di Tibet, orang-orang bukit di India dan masyarakat jahiliah Arab. Contohnya masyarakat Juansuwaris apabila saudara lelaki yang tua mengahwini seorang wanita, wanita itu juga menjadi isteri untuk semua saudara-saudaranya. Amalan ini merujuk kepada kitab Mahabhrata.

MONOGAMI
Merupakan cara perkahwinan tunggal iaitu perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan sahaja. Sesetengah agama seperti Kristian mengamalkan perkahwinan jenis ini kerana menganggap perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan adalah untuk sepanjang zaman. Oleh kerana itulah penceraian tidak diiktiraf sama sekali (seperti mazhab Katolik).

Hukum-hukum Perkahwinan dalam Islam:

WAJIB kpd mereka yang mempunyai nafsu yg kuat sehingga boleh menjatuhkan diri ke lembah maksiat (zina & sebagainya) sedangkan dia mampu. Mampu di sini bermaksud mampu membayar mahar (mas kahwin) dan mampu memberi nafkah kpd bakal isterinya.

SUNAT kpd mereka yg mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.

HARUS kpd mereka yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.

MAKRUH kpd mereka yang tidak berkemampuan dari segi nafkah zahir & batin tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kpd isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat.

HARAM kpd mereka yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

Haaa...itu la serba sedikit pasal perkahwinan..kalau nak lebih detail...boleh klik -------> Perkahwinan Menurut Islam - Wikipedia

##############################################################################################

Baru-baru nie, adik ipar Airieda (FIZI) melangsungkan perkahwinannya dgn gadis pujaan hati (MAS) setelah 6 bln bertunang..sebagai ahli keluarga so agak sibuk laa membuat persiapan terakhir...sempat juga si Fizi menghafal Rukun Nikah, Rukun Islam, Rukun Iman & beberapa perkara asas Islam..

Camne saksi SAH ke TIDAK?

Jumaat selepas solat Isyak bermula laaa acara akad nikah...Huh!! berpeluh gak laa Fizi menjawap soalan2 dari Tok Kadi.. sampai tunggang langgang susun atur rukun...yerlaa NERVOUS punya pasal...Alhamdulillah setelah 3 kali lafaz mereka sah menjadi suami isteri..sebelum pulang tok kadi sempat bergurau "kamu jgn laa plak pasni LANGGAR saya plak sebab saya banyak sangat soal awak tadi...itu semua utk ingatan kamu, hadirin juga diri saya" ..kesian adik ipar Airieda sampai masa batal air sembahyang pun x hilang lagi ketar dia...HAAA...korang ingat senang nak nikah???!! kalau belum betul2 bersedia baik tangguh dulu...hehehe...


Alhamdulillah..

Baca lafaz Taqliq

Serah maskahwin

Acara batal air sembahyang

stylo x airieda snap this pic hehehe

Alahai pengantin malu..tersipu malu..
Esoknya, berlangsung plak majlis persandingan di rumah perempuan...Seperti selalu, bersanding makan beradap, bergambar..kami pihak pengantin lelaki beransur setelah selesai makan coz byk lagi kerja menanti kami di rumah ..mana taknya keesokan harinya majlis bertandang di rumah kami pula...walaupun kami menggunakan khidmat katering tapi tetap ade rewang (rebus telur, siapkan beg2 cenderehati..etc)

Raja Sehari di singgahsana


Majlis bertandang berlangsung dengan lancar...baik dari segi cuaca mahupun tetamu juga makanan...Airieda jadi photograher amatur aritu...Alhamdulillah selesai kira2 jam 3 ptg...setelah kemas2 skit..Malam pula ade acara potong kek juga acara joget lambak...hmm kalau kat Kuala Lumpur dah susah nak jumpa acara joget camnie...Akan ade live band buat persembahan & muda-mudi akan berjoget mengikut rentak lagu yg di dendangkan tapi semua ini dalam kawalan (ada RELA yg bertugas)

Bersanding di majlis bertandang

Kanda & Dinda jeling menjeling

Tahniah Fizi & Mas!!
Ok...ini sahaja...daaaaaaaaaaaa...

Aku yg melaporkan,

24 comments:

@taufiqhelios said...

wow! nk kawen cecepat la...ehe..pengantin tuh dua dua gojes!

~Airieda~ said...

@taufiq helios

kalau dah bersedia...ape tunggu lagi, jgn lupa jemput sis ok..

forever love said...

wah......

tika said...

<---tgh tggu jodoh dr family nih...huhu...

ucapan utk pngantin : smga berbahgia ke akhir hayat...

ucapan utk sis : thanks for sharing...

apa2 pun,perkahwinan adlh pnyatuan bkn stkt 2 hati,sebaliknya 2 keluarga...kena jg baik2 amanah tu...

aslann said...

waaa! nak kawennn!! nak kawennn! tp xmampu lagi..sobsob...

ich bin che ya said...

belum ader calon lagi

Puteri Katek said...

waaaaaaaaa.....

lagi 5 tahun...hahahhaa

~Airieda~ said...

@forever love

kagum tak...? hehehe

tQ Atiq

~Airieda~ said...

@tika

waah...baiknya ikut pilihan keluarga.BAGUS!!

Ucapan utk Tika..sharing is caring..It's my pleasure dear..

Btul2..kita bkn kawen anaknya shj tp keluarganya jua... >__<

~Airieda~ said...

@aslann

waaa...sabar ek! insyaallah satu hari nnt Aslann akan berkawen jua...

tika said...

huhu...kak ida,tika xpndai bercinta..
so,i'm so proud klu parents yg tlg carikn...doakn ya:)

mian said...

okeyh.lepas bace entri ni teros rase nak kawen.haha.tapi nak carik tok kadi yang x bnyak soal.haha

~Airieda~ said...

@putERi-kAtEk

hehehe...ok laa tuu..jgn lupa jemput sis tau?

Ifti Larina said...

wuwuuu. nak kawen?

~Airieda~ said...

@mian

hehehe...rileks laa kalau dah bersedia..insyaallah segalanya berjalan lancar

~Airieda~ said...

@Ifti Larina

wuwuuuuu...dah ready ker?

Unknown said...

bile la nak kawen :p
huhu

~Airieda~ said...

@akmalhilmi

Bile dah bersedia pikul tanggugjawab... ^__^

EmanTheHalia said...

akmal kawen ngan orang pahang haha

~Airieda~ said...

@EmanTheHalia

hehehe...kalo akmal ngan org Pahang..Eman plak ngan org mana?

Unknown said...

aku sepak gak eman nieh
hahahaha :p

KyêrulL said...

Fuyoooooo! HAHA

KyêrulL said...

memang kahwin susah... sebab laki je yang nak kena buat.. laki je semua.. semua laki.. pompuan apa tau?? ggrrrrrrr TENSION aku!!

~Airieda~ said...

@KyêrulL

haaaiP!!! suka2 jer kate pompuan x tau pape...ko ske2 jer tuduh..xmo3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Waktu Solat : Solat sebelum terlambat